Luruan monsun dijangka sehingga 6 Mac

2 Mar 2023 • 5:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan luruan monsun dijangka berlaku sehingga 6 Mac depan dan keadaan tersebut berpotensi menyebabkan hujan berterusan di semenanjung, barat dan tengah Sarawak.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga telah mengemas kini amaran hujan berterusan yang melibatkan negeri-negeri berkaitan berkuat kuasa sehingga Sabtu ini.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan telah dikemas kini berkuat kuasa sehingga 6 Mac 2023.

“Kenaikan paras air laut dijangka di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga 6 Mac 2023 dan berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” katanya pada Khamis.

Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web METMalaysia dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved