Luruan monsun kuat diramal berlanjutan hingga 30 November

LocalEnvironment
29 Nov 2024 • 2:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan monsun kuat dijangka berlanjutan sehingga hujung November 2024.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan dalam tempoh berkenaan.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk dan Waspada) melibatkan Semenanjung yang berkuat kuasa sehingga 30 November 2024.

“Selain itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan masih berkuat kuasa sehingga 30 November 2024,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved