Armada tolak UMNO, kembali kepada PH

PoliticsBusiness & Finance
6 May 2020 • 8:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong pendirian Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

Keputusan berkenaan diputuskan selepas mengadakan satu mesyuarat khas dihadiri oleh Exco, ketua Armada negeri dan Dr Mahathir bagi membincangkan isu masa depan dan kelangsungan parti.

Armada dalam kenyataannya memaklumkan, pendirian itu berdasarkan undian yang dibuat ketika perjumpaan dan dipersetujui oleh lebih 2/3 ahli mesyuarat dan selebihnya berkecuali tanpa ada yang menolak.

"Mesyuarat itu juga memutuskan untuk mengembalikan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

"Bersatu telah bersama PH daripada seawal perjuangan menyelamatkan negara. Susah dan senang kita hadapi bersama sebagai satu keluarga," kata kenyataan berkenaan.

Menurut Armada, mesyuarat telah berbincang dan akhirnya bersetuju untuk menetapkan pendirian rasmi sayap Armada.




View Original Article