Nueralink Berhasrat Memulakan Ujian Pada Manusia Seawal 2020 – Menghubungkan Otak Manusia Ke Komputer

Technology
17 Jul 2019 • 12:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk sedia membuat pelaburan pada pelbagai idea-idea futuristik, termasuk salah satunya adalah Neuralink. Selepas berkongsi perancangan berkenaan Nueralink pada 2017 lepas, kini mereka berkongsi lanjut berkenaan perkembangan syarikat berkenaan.

Neuralink ingin mengintegrasikan sebuah implan kecil pada otak manusia, sekaligus membolehkan otak manusia berhubung ke komputer, serta mengawal sejumlah perkara.

image is not available

Elon Musk sendiri, ketika pembetangannya mengatakan Neuralink ingin memfokuskan kepada tiga perkara, termasuk memahami serta mengubati masalah berkaitan otak, menambah-baik lagi otak, selain menjadikan manusia bersedia untuk masa depan. Elon Musk turut mengatakan mungkin pada masa hadapan ini akan membolehkan manusia mencapai simbiosis bersama kecerdasan buatan.

image is not available

image is not available

Melalui ujian yang telah dilakukan pada tikus makmal, Neuralink menyertakan sebuah elektrod kecil berhampiran neuron pada otak, sekaligus merakamkan pelbagai data, informasi dan aktiviti. Sekiranya semua berjalan lancar, Neuralink berhasrat agar dapat membuat ujian pada manusia seawal 2020 kelak.

Daripada pembentangan yang dikongsikan Neuralink, mereka menyasarkan untuk menyediakan sebuah aplikasi khusus yang membolehkan pengguna berhubung dan mempelajari beberapa kawalan. Buat masa ini, untuk menyertakan implan dan sensor ini, pengguna masih perlu melalui pembedahan ringkas, tetapi proses berkenaan dijangka boleh dilakukan menggunakan lazer pada masa akan datang.

image is not available

Sedang dikemaskini…

View Original Article