Lytia L910 Dilancarkan – Sensor LOFIC Pertama Sony

TechnologyDigital
17 Jun 2026 • 8:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony secara rasmi melancarkan sensor kamera Sony Lytia L910 yang merupakan yang pertama menggunakan teknologi LOFIC. LOFIS ialah singkatan untuk Lateral Overflow Integration Capacitor yang mengurangkan kesan keterangan melampau dalam situasi cahaya tinggi dan kesan hingar dalam situasi cahaya rendah.

Image from: Lytia L910 Dilancarkan – Sensor LOFIC Pertama Sony

Ia juga boleh mengambil gambar dalam mod HDR dengan hanya satu tangkapan sahaja berbanding beberapa gambar yang kemudiannya digabungkan. Hasilnya ialah gambar HDR yang kelihatan lebih tajam dan jelas. Sony berkata HDR 100 dB dapat dilakukan dengan teknologi Triple Conversion Gain (TCG-HDR).

Image from: Lytia L910 Dilancarkan – Sensor LOFIC Pertama Sony

Sensor adalah sebesar 50 MP dengan saiz fizikal 1/1.28 inci. Pengurangan hingar adalah sehingga 30%. Kemampuan rakaman video pula ialah sehingga 4K HDR 60 fps. Sensor ini akan mula digunakan pada peranti selepas musim panas. Ura-ura mengatakan dua peranti terawal dengan Sony Lytia L910 ialah Vivo X500 dan Oppo Find X10.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved