LZS agih lebih RM30 juta bantu asnaf sambut Ramadan, Syawal

29 Mar 2023 • 8:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagih bantuan RM30.1 juta kepada 64,819 keluarga asnaf sebagai persiapan Ramadan dan Syawal.

Agihan yang bermula 21 Mac lalu membabitkan 18,550 penerima asnaf fakir, miskin (41,770) dan mualaf (4,499).

“Setiap penerima mendapat bantuan zakat antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga.

“Bantuan mula disalur sama ada melalui pembayaran yang dikreditkan ke akaun bank penerima atau menggunakan kaedah baucar tunai mahupun serahan tunai,” katanya di Facebook.

LZS memaklumkan daerah Petaling mencatatkan jumlah agihan tertinggi melibatkan RM5,593,750 kepada 11,799 asnaf.

Penerima yang layak dimaklum melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat atau membuat semakan secara dalam talian di pautan http://ezo.zakatselangor.com.my

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved