LZS agih RM480 juta zakat kepada asnaf, miskin

1 Sep 2023 • 10:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan kira-kira RM480 juta kepada golongan asnaf dan miskin di seluruh negeri ini.

LZS memberitahu, agihan itu termasuk bantuan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan kecemasan dan sebagainya.

"Walau sekecil RM10 anda tunaikan kepada zakat, manfaatnya besar kepada saudara-saudara kita yang kurang berkemampuan," kata kenyataan itu di Facebook pada Jumaat.

Sehubungan itu, LZS mempelawa umat Islam menunaikan zakat dengan terus ke pautan fpx.zakatselangor.com.my.