LZS nafi bekerjasama dengan ‘Dato’ Seri’ bina rumah asnaf

7 Oct 2022 • 11:44 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan dakwaan pihaknya menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat milik ‘Dato’ Seri’ bagi pembinaan rumah asnaf di negeri ini.

Agensi dalam kenyataan di Facebook berkata pihaknya tidak pernah melantik individu terbabit sebagai panel kontraktor bagi pembinaan rumah tersebut.

“Pelantikan kontraktor bagi pembinaan rumah asnaf perlu melalui proses pemilihan yang ketat serta mendapat kelulusan jawatankuasa khas,” katanya.

LZS menjelaskan pihaknya amat kesal dengan tindakan individu berkenaan yang menyebarkan maklumat tidak benar hingga menimbulkan kekeliruan masyarakat.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada LZS bagi mendapatkan maklumat tepat,” katanya.

Sebelum ini, tersebar satu rakaman video di TikTok seorang wanita yang bergelar ‘Dato’ Seri’ mendakwa pihaknya bekerjasama dengan LZS bagi membina rumah asnaf.

“Kita dah berurusan dengan LZS, Mais (Majlis Agama Islam Selangor), kami akan buat rumah untuk Zakat Selangor,” kata wanita itu sambil menunjukkan bukti sekeping gambar beberapa individu yang didakwa sebagai pengurusan tertinggi LZS dan Mais.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved