M Daud Kilau Kritikal Diserang Sesak Nafas 

8 Sep 2022 • 2:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
M Daud Kilau dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit paru-paru berair. - Gambar ihsan Facebook Syed Wafa

Penyanyi lagenda, Datuk M Daud Kilau dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit paru-paru berair. 

M Daud telah dibawa dengan ambulans dari kediamannya di Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk ke hospital kira-kira jam 12 tengah malam selepas diserang sesak nafas. 

Berita ini telah dikongsikan bekas wartawan hiburan senior, Syed Wafa menerusi pautan facebook miliknya sebentar tadi. 

Dalam pautan tersebut, Syed Wafa memberitahu selepas berada di hospital, kira-kira jam 2 pagi, doktor sendiri telah mengesah keadaan M Daud yang kritikal. 

image is not available
M Daud Kilau ketika disantuni Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin baru-baru ini - Gambar Bernama

Bahkan, keluarga M Daud juga telah membenarkan doktor untuk melakukan CPR dan memasukkan tube bagi membantu pernafasannya. 

M Daud yang dikenali dengan fesyen yang flamboyan dan penuh kemilau adalah juara Bintang Radio Singapura 1968 menerusi lagu Musalman Manis dan Joget Hitam Manis. 

Kemenangan itu telah memberikan ruang untuknya bergelar penyanyi rakaman sehinggalah menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan pelbagai genre iaitu langgam, asli, dangdut serta lagu rakyat. 

Antara penyanyi lagenda yang berjaya merentasi beberapa dekad kerjaya dan perjalanan muziknya di dalam industri ini, M Daud juga memiliki koleksi lagu-lagu hit yang malar segar. Antaranya Sireh Pinang, Kau Pergi Tanpa Pesan, Cek Mek Molek dan Gila Judi. – Getaran, 8 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved