M Nasir, Hael Husaini meriahkan sambutan Aidilfitri Madani 6 April

25 Mar 2025 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 MAC: Penyanyi terkenal Datuk M Nasir dan Hael Husaini antara selebriti yang bakal memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 peringkat Selangor pada 6 April.

Berlangsung di Dataran Kawad Akademi Percukaian LHDN, Bandar Baru Bangi, program itu bakal dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Bertema ‘Ihsan menyentuh jiwa, toleransi menyatu negara’, pelbagai juadah menarik bakal disediakan antaranya kambing bakar, nasi kandar ayam, pilihan sup, dan sesi penyerahan duit raya.

Acara bermula 10 pagi hingga 4 petang itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal lain antaranya Aisha Retno, Nadeera, kumpulan De Fam dan The Siblings Band.