M. Nasir ialah nama yang tidak asing lagi buat peminat industri muzik tanah-air, dimana beliau adalah seorang lagenda di Malaysia. Populariti beliau dilihat sangat besar, dimana beliau telah dilantik untuk menjadi duta jenama minuman Wonda.

Iklan tersebut dapat dilihat terpampang di mana-mana sahaja, sama ada secara atas talian ataupun di papan-papan iklan di jalan raya.

Syarikat-syarikat seperti Zus dan Grab juga nampaknya telah diparodikan, tetapi baru-baru ini,MyTeksi Sdn Bhd atau dikenali sebagai Grab Malaysia telah disaman oleh M. Nasir kerana menggunakan nama tersebut sebagai promosi perkhidmatan syarikat tanpa kebenaran beliau.
Datuk Mohd Nasir Mohamed yang dikenali sebagai M. Nasir dan syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd telah memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari ini.

Pihak plaintif telah meminta MyTeksi Sdn Bhd untuk menurunkan bahan-bahan promosi yang menggunakan nama M. Nasir tersebut, syarikat tersebut mendedahkan penyata keuntungan yang dijana daripada penggunaan ayat “Kegemaran M. Nasir” sebagai sebahagian daripada promosi penjualan minuman yang ditawarkan oleh platform tersebut dalam tempoh tujuh hari ini.
Selain daripada tuntutan ganti rugi yang akan ditaksir oleh pihak mahkamah berdasarkan kenyataan kewangan yang perlu diperlihatkan oleh MyTeksi Sdn Bhd, M. Nasir dan Luncai Emas Sdn Bhd juga telah meminta RM3 juta sebagai ganti rugi teladan dan RM2 juta sebagai ganti rugi teruk (aggravated damages).
Sumber: Harian Metro






