M Nasir terima menantu, pemilik lagu Nur Nilam Sari selamat diijabkabulkan. 'Macam rupa mak dia, tahniah'

EntertainmentMusic
15 Feb 2025 • 8:40 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BAGI yang familiar dengan lagu Nur Nilam Sari, nyanyian komposer, penyanyi dan penulis lirik terkenal, Datuk M Nasir pasti tahu, lagu tersebut dicipta khas buat anak perempuannya.

Terbaharu, dalam satu perkongsian di media sosial, pemilik lagu tersebut kini selamat diijabkabulkan.

Biarpun tiada butiran lanjut berkenaan majlis pernikahan Nur Nilam Sari, namun warganet rata-rata menitipkan ucapan tahniah buat mempelai.

Untuk rekod, Nur Nilam Sari merupakan anak hasil perkahwinan pertama M Nasir bersama dengan Junainah Johari, seorang penyanyi utama kumpulan Ideal Sisters dari Singapura.

Dari perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan lima orang anak: Ilham, Yasin, Hidayat, Syafi'i, dan Nurnilam Sari. Malangnya, Junainah meninggal dunia pada 8 Ogos 1998 akibat asma.