Covid-19: DBKL tutup perkhidmatan sementara

17 Mar 2020 • 8:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup premis dan perkhidmatannya kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok hingga 31 Mac susulan koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairil Azmir Ahmad berkata, penutupan itu melibatkan pejabat DBKL, Dataran Merdeka, kaunter bayaran (perumahan, pelesenan dan lain-lain) serta perkhidmatan suntikan tifoid.

"Turut ditutup taman awam, dewan serbaguna dan komuniti, kompleks sukan, perpustakaan, kerja di tapak binaan dan tandas awam di bawah seliaan DBKL.

"Sebarang aduan boleh disalurkan ke bilik gerakan DBKL di talian 03-92263112 (perumahan), 03-40244424 (kecemasan) atau layari ispaaadbkl.dbkl.gov.my atau e-mel [email protected]," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved