Pengeluaran Samsung Galaxy Note 10 Terjejas Akibat Perang Perdagangan Jepun-Korea Selatan

TechnologyBusiness & Finance
17 Jul 2019 • 6:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak seminggu lalu Jepun menghalang pengeksportan beberapa bahan kimia ke Korea Selatan yang amat diperlukan untuk pengilangan barangan elektronik. Halangan dikenakan sebagai tanda protes mahkamah Korea Selatan yang mendapati Jepun gagal memberikan pampasan sewajarnya kepada buruh paksa ketika Perang Dunia Kedua.

Menurut laporan The Investor semalam, halangan ini menyebabkan 5Samsung terpaksa mengurangkan penghasilan cip Exynos 9825 yang digunakan pada Galaxy Note 10. Ini sekaligus menjejaskan pengeluaran peranti yang akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos kelak. Jepun mengawal 90% penghasilan poliamida berfluorin dan 70% pasaran resist dunia. Bahan kimia ini diperlukan untuk proses menghasilkan skrin telefon, skrin TV, memateri PCB dan goresan semikonduktor.