iFixit: Pixel 4 XL Menggunakan Skrin AMOLED Samsung & Sukar Untuk Dibaiki

TechnologyDigital
25 Oct 2019 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google sedia terkenal dengan menggunakan panel skrin dari LG, iaitu P-OLED untuk Pixel 2 XL. Kemudian pada Pixel 3, Google meneruskan lagi penggunaan skrin OLED daripada LG. Mengejutkan, kali  ini pada Pixel 4 XL – Google telah memilih Samsung sebagai pembekal panel AMOLED mereka.

image is not available

Perkara ini ditemui oleh pihak iFixit semasa ‘membedah’ peranti ini untuk memberi skor kebolehan-baiki Pixel 4 XL. Bukan sahaja skrin daripada Samsung, tetapi RAM juga adalah dari pembekal yang sama. Cuma nombor modelnya adalah misteri. Akhir sekali, iFixit memberi skor kebolehan-baiki Pixel 4 XL hanya 4/10. Ia amat sukar untuk dibaiki, kerana setiap komponen peranti perlu ditanggalkan dan panel belakang digam terus kepada peranti.

image is not available

Agak menarik untuk lihat panel Samsung yang menyokong 90Hz digunakan pada peranti bukan Samsung. Ini bermakna, Samsung menjadikan Google dan OnePlus sebagai bahan eksperimen untuk menguji skrin 90Hz mereka. Mungkin kelak kita akan lihat peranti Samsung dengan skrin kadar segar semula 90Hz?