Airbus Memperlihatkan Visi Bagaimana Lapangan Kereta Terbang Diintegrasikan Ke Kawasan Bandar

TechnologyDigital
2 Mar 2020 • 1:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ramai percaya kenderaan terbang peribadi akan menjadi realiti dalam masa sedekad. Pembangunan serta pembangunan pelbagai kereta terbang telah dimulakan lebih dua puluh tahun yang lalu kini hampir menjadi realiti. Airbus, nama besar dalam industri aeronautik juga tidak mahu ketinggalan dengan konsep mereka Vahana. Kini mereka berkongsi visi bagaimana lapangan kereta terbang boleh diintegrasikan ke kawasan bandar.

image is not available
Konsep yang dikongsi menunjukkan landasan kereta terbang yang terbina pada menara pejabat, tempat kediaman, pusat membeli belah, stadium, hab pengangkutan awam dan lapangan terbang. Rekaan lapangan kereta terbang ini dihasilkan oleh Airbus dengan kerjasama MVRDV, Bauhaus Luftfahrt, ETH Zurich dan Systra.

image is not availablePendekatan Airbus nampak lebih realistik kerana tidak memerlukan bangunan khas tetapi sebaliknya hanya menambah platform pendaratan pada struktur sedia. Ia adalah pendekatan yang bertentangan dengan lapangan kereta terbang yang diperlihatkan oleh Volocopter tahun lalu.

image is not available