Facebook Mengambil-Alih CTRL-Labs – Syarikat Yang Membangunkan Teknologi Mengawal Komputer Menggunakan Gelombang Otak

TechnologyDigital
24 Sep 2019 • 7:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook hari ini mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih sebuah lagi syarikat, iaitu CTRL-Labs.


CTRL-Labs merupakan salah satu syarikat yang membangunkan teknologi untuk mengawal dan berinteraksi dengan komputer menggunakan minda – tanpa perlu menyentuh skrin ataupun papan kekunci.

Facebook sendiri sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka telah berjaya menghasilkan sistem dan antaramuka yang membolehkan gelombang otak dibaca untuk menaip.

Teknologi ini dilihat lebih memfokuskan untuk penggunaan pada peranti realiti-maya dan realiti-terimbuh – sekaligus menjadikan interaksi manusia lebih selari dengan persekitaran maya mereka. Dengan teknologi CTRL-Labs, ia melengkapkannya lagi, memandangkan teknologi mereka boleh mengenal-pasti apa yang ingin dilakukan sebelum sesuatu gerakan berkenaan berlaku.

Facebook tidak mengumumkan berkenaan harga pengambil-alihan CTRL-Labs buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved