Sabah, Sarawak lebih kaya berbanding negeri lain: Dr Mahathir

17 Sep 2019 • 8:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KOTA KINABALU - Sabah dan Sarawak perlu bangkit bersama dengan lain-lain negeri bagi memastikan tiada jurang besar atau ketidaksamaan antara setiap negeri.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Sabah dan Sarawak sebenarnya lebih kaya berbanding lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia dan menegaskan bahawa negeri-negeri di Borneo itu memiliki tanah luas.

“Kita perlu kaji semula dasar kita berhubung dengan pertanian, pertanian moden yang boleh memastikan penduduk di luar bandar juga boleh menjadi kaya.

"Ia berkaitan dengan tanah, Sabah dan Sarawak mempunyai tanah,” katanya dan menambah tanah-tanah itu boleh dibangunkan dengan teknologi baharu.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved