Individu muflis boleh terima BPN

8 Apr 2020 • 9:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) membenarkan individu yang diisytihar bankrap untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pengarahnya, Datuk Anas Ahmad Zakie berkata, individu yang bankrap tidak perlu melaporkan kepada MdI seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 38(1)(ba) Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] di mana jika bankrap gagal berbuat demikian, ia merupakan suatu kesalahan di bawah Akta 360.

"Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu siaran media bertarikh 29 Mac bagi menjelaskan tentang pelaksanaan dan cara mengakses BPN yang diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi rakyat yang layak.

"Selaras dengan itu, LHDN juga telah mengeluarkan kenyataan media Ahad lalu bagi memaklumkan berkenaan keputusan kerajaan bahawa pemohon yang layak menerima BPN tetapi berstatus bankrap boleh membuat permohonan melalui portal rasmi LHDN. Permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin pada 27 Mac lalu.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved