Aplikasi OneDrive Untuk Android Kini Mencapai 1 Bilion Jumlah Muat Turun

TechnologyDigital
10 Sep 2019 • 2:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OneDrive adalah perkhidmatan storan awan daripada Microsoft. Ia adalah pesaing kepada Google Drive. Masing-masing ada kelebihan tersendiri, seperti OneDrive harga langganan bulanan adalah murah. Manakala, Google Drive menawarkan sandaran foto dengan storan tanpa had (kualiti tinggi, bukan saiz asli). Seperti Google Drive, OneDrive turut mempunyai aplikasi untuk Android, iOS dan perisian untuk Windows.

image is not available

Terkini, aplikasi untuk Android telah mencapai jumlah muat turun melebihi 1 bilion. Jumlah ini turut disumbangkan kepada pengeluar yang sedia menawarkan OneDrive terus terpasang pada peranti-peranti mereka. Kemudian populariti OneDrive ini turut disebabkan oleh integrasi kepada aplikasi-aplikasi Microsoft Office yang ramai gunakan.

Muat Turun Aplikasi OneDrive Untuk Android Di Sini