Syarikat Tempatan Berjaya Membangunkan Kit Ujian Saringan Dan Pengesahan COVID-19

TechnologyDigital
18 Mar 2020 • 7:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Salah satu daripada perkara yang menyukarkan hospital-hospital untuk mengesan samada seorang pesakit adalah positif atau negatif untuk wabak COVID-19 ialah ia mempunyai banyak simtom-simtom yang sama seperti demam influenza.

Baru-baru ini, Medical Innovation Ventures Sdn. Bhd. ataupun Mediven dilaporkan telah berjaya membangunkan dua kit ujian untuk menguji samada seseorang pesakit itu positif COVID-19 ataupun tidak.

image is not available

Kit pertama yang dinamakan GenoAmp Real-Time RT-PCR Flu A/ Flu B/ SARS-Cov-2/MERS-CoV boleh digunakan sebagai ujian saringan untuk melihat samada seorang pesakit mempunyai penyakit Influenza A, B, SARS-CoV-2 ataupun MERS-COV dengan setitis darah pesakit sahaja.

Kit kedua pula, iaitu GenoAmp Real-Time RT-PCR SARS-Cov-2 dapat mengesahkan jangkitan COVID-19 melalui ujian saringannya.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Mediven, mereka mengatakan bahawa kedua-dua kit ujian ini dicipta berdasarkan protokol antarabangsa yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk COVID-19.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved