
Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) mempertahankan rancangan perjalanan ke London oleh satu pasukan pegawai kerajaan Persekutuan dan Sabah yang diketuai presiden parti Datuk Seri Maximus Ongkili, mengatakan ia bertujuan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai dokumen Perjanjian Malaysia 1963.
Ketua Penerangan PBS Datuk Julita Majungki berkata, semasa berada di sana, mereka akan mengakses dokumen sulit dan sejarah yang hanya terdapat di Arkib Negara di situ.

