MAA Dedah Data Jualan Kereta Dari Jan - Ogos 2024

LocalCars
19 Sep 2024 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jualan kereta Januari hingga Ogos lalu mencatatkan sebanyak 533,301 unit dimana angka jualan itu dilihat meningkat 6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Daripada 533,301 unit, sebanyak 488,277 unit adalah kenderaan penumpang, manakala 45,024 unit adalah kenderaan komersial,

Sebaliknya, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyifatkan jualan kenderaan pada bulan lepas mencatatkan penurunan marginal 0.8 peratus kepada 71,162 unit.

image is not available

"Jika dibandingankan dengan bulan ke bulan, jualan Ogos sebenarnya menurun (71,162 unit) berbanding 72,844 unit yang dicatatkan pada Ogos 2023," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Berdasarkan jadual di bawah, kenderaan penumpang dan komersia dilihat merekodkan jualan sebanyak 65,637 unit dan 5,525 unit pada Ogos 2024.

image is not available

Angka itu dilihat lebih rendah berbanding 65,709 unit dan 7,135 unit yang dicatatkan pada Ogos 2023.

Sementar itu, dari segi pengeluaran, sebanyak 73,966 unit kenderaan dihasilkan iaitu lebih tinggi berbanding 67,912 unit pada Ogos 2023.