“Maaf Jika Ada Kekurangan”, Hantar Nota Serah Tugas, Tweet KJ Dipenuhi Ucapan Penghargaan

13 Dec 2022 • 2:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Akaun Twitter mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) telah dibanjiri dengan ucapan penghargaan daripada pengguna Twitter, sama ada golongan profesional mahupun rakyat biasa, susulan ciapannya mengenai pemberian nota penyerahan tugas kepada Menteri Kesihatan yang baharu.

Dalam ciapan tersebut, beliau memberikan ucapan maju jaya kepada Dr. Zaliha atas portfolio baharunya serta berterima kasih kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang perkhidmatannya dalam kementerian tersebut.

Ciapan tersebut telah dibanjiri dengan balasan daripada warganet, rata-rata memberikan ucapan penghargaan atas perkhidmatan beliau semasa memegang tampuk kepimpinan di Kementerian Kesihatan.

Hartal Doktor Kontrak merupakan satu akaun Twitter yang banyak membangkitkan isu mengenai dasar pelantikan pegawai perubatan berkontrak Malaysia telah memberikan sekalung penghargaan kepada KJ atas perkhidmatan cemerlang semasa memegang tampuk kepimpinan KKM dalam waktu yang singkat.

Mereka juga memuji tindakan KJ yang sering berjaya menangani isu-isu kesihatan walaupun tidak memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang tersebut.

image is not available
Kredit: Twitter

Seorang pengguna, Dr Hirman turut memberikan maklum balas yang serupa dan mengatakan bahawa penggunaan aplikasi MySejahtera untuk pendaftaran menderma organ merupakan satu perkara yang bernas.

image is not available
Kredit: Twitter

Selain itu, pengguna Twitter lain yang memegang profisien sama, Dr. Radzi turut berterima kasih kepada beliau atas pengukuhan terhadap perkhidmatan dan infrastruktur kesihatan awam di Malaysia.

image is not available
Kredit: Twitter

Selain daripada warga KKM, orang awam juga merasa terkesan atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh KJ sepanjang berada di Kementerian Kesihatan pada kabinet lepas.

image is not available
Kredit: Twitter

Sebelum ini, KJ pernah mengatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan sebagai cinta pandang pertamanya manakala, KKM pula cinta sejatinya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan, bertarikh 4 Oktober lalu.

Sumber: @Khairykj via Twitter