“Maaf Tanya, Siapa Ni?” – Respon Sinis Nabila Huda Pada Nad Zainal Isu Bermasam Muka Raih Perhatian

Entertainment
23 Aug 2023 • 9:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, muncul dakwaan bahawa pelakon Nad Zainal bermasam muka dengan rakan artis malah pengacara Sherry Alhadad juga akui sudah lost contact dengan sahabatnya itu.

Nad atau mesra dengan panggilan Nanad akhirnya bersuara dan berkata dia enggan fokus dengan sesiapa yang hilang dari ‘radar’ sejak mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail.

image is not available 21 hours ago

"Semua Ini Terlalu 'High School' Untuk Saya" - Nad Zainal Ingin Fokus Suami Dan Anak-Anak

Tambah Nanad yang sedang berbadan dua itu dia kini sedang bahagia dan mahu memberi fokus kepada suami dan anak-anaknya.

Sementara itu, komen aktres Nabila Huda pada hantaran video penjelasan Nanad tersebut meraih perhatian ramai warganet di Instagram.

Maaf tanya. Siapa ni? Pelakon ke?”

image is not available

Ringkas dan seperti bergurau namun komen itu dibalas oleh ramai pengguna Instagram kerana tahu kedua-dua aktres tersebut pernah rapat suatu ketika dahulu.

Malah mereka bersama-sama pernah menjadi bridesmaids Sharifah Sakinah serta pergi bercuti bersama-sama di Bali bersama rakan selebriti lain seperti Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

image is not available