Maafkan musuh sebelum tidur ‘kunci’ Allahyarham Salahuddin kekal ceria

24 Jul 2023 • 11:26 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Semalam, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkongsi satu nasihat dan amalan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sepanjang usianya untuk kekal ceria.

Tze Tzin dalam ciapan di akaun Twitter miliknya berkata, antara tabiat diamalkan oleh Allahyarham Salahuddin adalah mendoakan dan memaafkan semua musuh serta orang yang menyakitkan hati sebelum tidur.

Jelas beliau, hal tersebutlah membolehkan Allahyarham Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah mampu reda dan ceria dalam kehidupan hariannya.

“Sim (Tze Tzin), kamu tahu kenapa saya redha dan ceria setiap hari? Setiap malam, saya doa dan maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya.. barulah saya tidur,”ciapnya.

image is not available

Katanya, itulah ajaran Allahyarham Salahudin Ayub yang pernah menjadi bekas majikan selain akan mengenang setiap jasa yang disumbangkan oleh beliau sepanjang hayat.

“Ini ajaran bekas bos saya, Datuk Seri Salahuddin Ayub. Jasamu dikenang. Semoga Boss redha di sana. Al-fatihah,”ciapnya lagi.

Salahuddin dilaporkan meninggal dunia semalam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada usia 61 tahun.

Salahuddin meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam orang anak.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved