Maahad tahfiz terbakar: 20 pelajar, empat ustaz selamat

20 Jul 2025 • 10:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUCHING, 20 JULAI: Sebanyak 20 pelajar tahfiz dan empat ustaz Mahaad Tahfiz Husnul Khotimah di Semerah Padi dekat sini, berjaya menyelamatkan diri selepas bahagian bumbung bangunan tahfiz struktur jenis kekal terbakar petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.47 petang, sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Padungan digerakkan ke lokasi.

“Kejadian membabitkan kebakaran pada bahagian bumbung bangunan tahfiz struktur jenis kekal, manakala tingkat bawah bangunan tidak terjejas. Menurut saksi di lokasi, kebakaran berpunca daripada litar pintas.

“Kesemua penghuni iaitu 20 pelajar tahfiz dan empat ustaz berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan anggota bomba bertindak melakukan pemadaman secara offensive dan defensive menggunakan sumber air dari pam jentera dan pili bomba berdekatan sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 6.48 petang, manakala punca kebakaran dan nilai kerugian sedang disiasat.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved