Maal Hijrah 1447 detik permulaan hidup yang lebih baik dan bermakna - PM

LocalPolitics
26 Jun 2025 • 10:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri berharap sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M akan menjadi detik permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati dan bermakna. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M akan menjadi detik permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati dan bermakna.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, tahun baharu hijrah membawa seruan untuk membangunkan ummah Madani yang sejahtera, inklusif, berakhlak dan berpaksikan nilai-nilai Islam.

"Hijrah bukan sekadar perpindahan tetapi satu proses pembaharuan. Ayuh kita terus melangkah ke hadapan dengan ilmu, integriti dan semangat kebersamaan,” kata beliau.

Perdana Menteri turut mengajak umat Islam menghayati ayat 218 dalam surah al-Baqarah.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) esok.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat menyempurnakan sambutan itu yang bertemakan 'Membangun Ummah Madani'. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved