“Macam ’50 Shades'” – Taecyeon Dedah Ingin Peluang Tayang Badan Dalam Projek Akan Datang

2 Oct 2023 • 2:30 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Setelah lama menjinak dalam dunia lakonan, agak-agaknya watak apakah yang Taec-yeon ingin cuba di masa hadapan?

Baru-baru ini, Taec-yeon telah melakukan acara perjumpaan peminat solo pertamanya di Hong Kong dan ada berkongsi pelbagai perkara.

Ketika sesi sidang media, ahli 2PM itu ditanya tentang watak yang dia ingin lakonkan untuk projek akan datang. Jawab Taec-yeon,

Saya telah menerima banyak soalan ini dan saya telah memberikan jawapan kepadanya. Memandangkan saya cukup dikenali dengan fizikal saya jadi, saya ingin mencuba watak di mana saya dapat menunjukkan badan saya dengan jelas.

Sebelum meneruskan, seorang peminat mencadangkan Taec-yeon untuk sertai projek seperti filem erotik “50 Shades”. Meskipun terkejut mendengar cadangan itu namun dia bersedia untuk melakukan apa sahaja yang peminat mahukan.

Menurutnya,

Saya mahu mencuba sesuatu yang membolehkan saya mempamerkan fizikal saya sedikit lebih dari watak sebelum ini. Seperti peninju atau perenang.

Semoga Taec-yeon dapat peluang untuk berlakon dalam projek yang dia inginkan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.