“Macam Angin Lalu Je..” – Watie Tak Peduli Sering Dibandingkan Dengan Allahyarham Siti Sarah

Entertainment
8 Jun 2023 • 4:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak hubungan bersama pelawak, Shuib didedahkan secara umum, usahawan Watie Hanifiah sering kali dibandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah oleh netizen.

Sedar mengenai hal tersebut, Watie akui tidak terkesan dengan kecaman netizen secara terus-terusan selepas membuat keputusan untuk mengahwini pelawak yang juga merupakan penyampai radio Suria FM itu.

Saya baca juga tapi macam angin lalu je. Saya tak ambil hati pun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Kerana kerap kali sering dibandingkan oleh netizen dengan arwah isteri Shuib, Watie memilih untuk menerima pendapat bakal suaminya serta ahli keluarga yang lain saja.

Dalam pada itu, usahawan tersebut berkata dirinya sebelum ini hanya menyerahkan hubungan bersama Shuib kepada takdir serta tidak menjangkakan akan sejauh ini hubungan mereka bersama.

Sekadar info, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah mengumumkan bahawa mereka bakal bernikah pada 23 Jun ini.

image is not available 1 hari lalu

Majlis Pernikahan Ditaja RM1.7 Juta, Shuib Dan Watie Sepakat Tiada Majlis Resepsi