“Macam Baby” – Jadi Duta Bersama, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Akui Tak Kelip Mata Tengok Kulit Kim Soohyun

LocalEntertainment
17 Nov 2024 • 11:36 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pada 16 November, CUCKOO International telah menyambut ulang tahun ke-10 mereka, dengan mengadakan festival muzik yang disertai beberapa artis tempatan popular seperti DOLLA, Bunkface dan ramai lagi.

Bagi memeriahkan lagi acara, jenama itu turut menampilkan pelakon popular Korea, Kim Soo-hyun, sebagai duta baru untuk CUCKOO, yang akan sertai Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, and Phei Yong.

Bukan sahaja peminat yang hadir malahan, Biduanita Negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza, turut meluahkan rasa teruja tambahan pula berpeluang untuk bergambar bersama pelakon “Queen of Tears” itu di atas pentas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tulisnya menerusi video yang dimuat naik di Instagram,

Dapat juga saya selfie dengan Kim Soo-hyun ye. Kulit dia macam baby ye. Saya duduk sebelah dia pun tak kelip mata tengok kulit dia.

Sementara itu, Kim Soo-hyun juga turut meluahkan rasa teruja kerana pertama kali datang ke Malaysia dan bersyukur telah disambut meriah oleh peminat di sini.

Datang lagi please!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article