“Macam Budak Rempit Dah Kaya” – Netizen Bengang Suami Fatin Afeefa Kerap ‘Degrade’ Isteri

19 Jan 2023 • 4:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon, Fatin Afeefa sering menjadi bualan netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Aliff Awang atau lebih mesra dengan panggilan Opai.

Terbaru! Nama Opai sekali lagi menjadi bualan apabila netizen mendakwa yang dia kerap mengeluarkan kenyataan yang merendahkan isterinya sendiri di media sosial.

image is not available

Bukan tu jer, ada juga mengatakan yang Opai mempunyai sikap narsistik kerana terlalu mahu menunjukkan bahawa dia seorang ‘alpha male’.

Suami Fatin Afeefa ni betul betul red flag, vibe narsistik. Saya takkan bersama dengan lelaki yang merendahkan wanita terutamanya isterinya sendiri.

Apa yang dikatakan netizen itu adalah kerana sebelum ini Aliff sendiri pernah membuat live di TikTok dan mengaku bahawa dia tidak perlu memberikan effort yang berlebihan untuk mengorat Fatin.

Segelintir netizen berkata tentang video di mana Opai mengkritik masakan pertama dimasak oleh Fatin Afeefa selepas bergelar isterinya.

Beberapa individu dilihat menyindirnya kerana sebelum berkahwin dengan Fatin, Opai sering membuat video merendahkan kaum Hawa.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.