
Ramai suka lihat tarian ngajat, seperti burung sebenar
‘Macam Burung Jantan Tengah Pikat Pasangan’, Lelaki Ini Puji Tarian Ngajat. Kini adalah zaman ramai pengguna berkongsi maklumat atau pun pendapat mereka di media sosial untuk tujuan yang pelbagai. Seorang individu membuat perkongsian mengenai tarian ‘ngajat’ di laman Twitter miliknya baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naiknya itu, individu tersebut gemar melihat tarian ngajat yang juga dikenali sebagai tarian masyarakat Iban dengan keunikan dalam setiap persembahan.
I think this traditional dance, is one of the exotic and magestic sungguh dia punya lenggok, dengan costume dia. Suka betul tengok. Mcm burung jantan tengah pikat pasangan. pic.twitter.com/peezFREAw8
Bukan itu sahaja, malah beliau turut menyatakan bahawa tarian tradisional tersebut merupakan tarian eksotik dengan persembahan yang hebat dan kostum yang menakjubkan.
“I think this traditional dance, is one of the exotic and majestic sungguh dia punya lenggok, dengan costume dia,” tulisnya di laman Twitter.
“Suka betul tengok. Mcm burung jantan tengah pikat pasangan,” ujarnya lagi.
Pelbagai respon dari netizen yang turut menyukai tarian ngajat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan tarian itu memang ala-ala burung. Malah, segelintir netizen melihat tarian itu dan menyangka ia kelihatan seperti burung sebenar.
Bahkan, ada yang menjelaskan nama tarian ngajat itu dipanggil Panglima Burung. Dipercayai tarian itu juga membuat mereka terpukau dengan persembahan mengagumkan.


Untuk makluman, tarian ngajat merupakan identiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan budaya di Sarawak, dengan keunikan setiap persembahan tarian ngajat membezakan suku ini. Bukan sahaja unik, malah keasliannya membezakan tarian ini lain daripada tarian yang lain.


