Macam cikgu, gaya Fadhlina Sidek di Parlimen jadi perhatian, siap ambil kehadiran

24 Feb 2023 • 1:24 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MACAM cikgu, begitulah nampaknya karakter Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjadi perhatian warganet selepas paparan rakaman sidang Parlimen dikongsikan ke media sosial.

Ahli Dewan Rakyat bagi Nibong Tebal itu tampil dengan karakter bersahaja hingga mencuri tumpuan ramai.

Membentangkan tentang pemansuhan program yang tidak memberi impak dan membebankan guru termasuk Rancangan Pelajaran Harian (RPH) bagi memastikan kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3/1999, Fadhlina yang juga seorang peguam tampak tenang mengawal suasana.

image is not available

Selepas membentangkan hal tersebut, Fadhlina bertanya tentang kehadiran ahli bagi Sik dan Jelebu dan meminta ahli yang dipanggil mengangkat tangan untuk mencatat kehadiran.

Ahli dewan yang lain memperkatakan tentang tindakan beliau yang persis seorang guru di bilik darjah.

Warganet juga memuji karisma pemimpin itu dan mengaitkan perwatakannya persis seorang pendidik. Ujar mereka:

– “Guru yang berjaya kawal kelas dengan cemerlang. Terbaik YB Menteri Pendidikan.”

– “Now nama baru Menteri ini YB Cikgu.”

– “Suara dia macam cikgu kelas aku dululah”

@sinarharianonline Karakter bersahaja, tenang ‘cikgu’ Fadhlina curi tumpuan #parlimenmalaysia ♬ original sound – Sinar Harian

5 INFO MENARIK FADHLINA SIDEK

image is not available

1- Fadhlina merupakan anak kepada Datuk Dr Siddiq Fadzil iaitu mantan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

2-Dilahirkan pada 16 Oktober 1977, Fadhlina mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum menamatkan alam persekolahan pada 1994 di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Kajang, Selangor.

3- Fadhlina merupakan ahli Dewan Rakyat bagi Nibong Tebal serta bekas ahli Dewan Negara dari 2021 hingga November 2022.

4-Memegang Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) serta Sarjana Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

5-Terdahulu profesion beliau adalah peguam syarie dan memiliki firma guaman, Fadhlina Siddiq & Associates.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi