Macam Dalam Filem! Patutlah Lari, Lelaki Dikejar Polis Rupanya Pencuri Kabel

LocalPolitics
23 Mar 2025 • 4:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular beberapa rakaman video memaparkan aksi dramatik dua lelaki dikejar polis di Jalan Kuching selepas mereka nekad meninggalkan kenderaannya di tengah jalan yang sesak.

Berdasarkan video tular, sebuah kereta peronda polis tiba-tiba menahan kenderaan jenis Perodua Bezza di lokasi itu dan kemudian dua individu bertindak keluar serta melarikan diri dari dicekup polis.

image is not available

image is not available

Lelaki Dikejar Polis Rupanya Pencuri Kabel

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3.45 pagi da kenderaan dinaiki kedua-dua suspek telah dikejar dari Taman Rainbow, Sentul hingga ke Jalan Kuching.

“Suspek sebelum itu dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan sebelum pihak anggota menjalankan rondaan dan bertindak mengejar kenderaan suspek,”katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Tambah beliau, pemeriksaan ke atas kenderaan yang ditinggalkan suspek itu menemui pelbagai jenis peralatan disyaki digunakan bagi mencuri kabel.

“Semakan lanjut mendapati, kereta itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat penyewaan kenderaan dan polis kini sedang mengesan suspek terlibat untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Sumber: Malaysia Gazette, X kamaghul deghaman