“Macam Dekat Kedai,” Wanita Dedah ‘Sifir’ Goreng Kuetiau, Mi

FoodCooking
7 Jan 2026 • 9:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Macam Dekat Kedai,” Wanita Dedah ‘Sifir’ Goreng Kuetiau, Mi

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat setempat menghidangkan kuetiau dan mi goreng sebagai sarapan pagi.

Cara penyediaan yang mudah dan cepat menjadikan juadah ini menjadi pilihan, terutamanya ibu-ibu yang nak cepat.

Walaupun sudah biasa memasak juadah ini, ramai yang masih tidak dapat menguasai teknik menghasilkan rasa seperti di kedai.

Rupa-rupanya, terdapat teknik tertentu untuk menggoreng kuetiau dan mi. Seorang pengguna Thread tampil berkongsi petua yang digunakannya

Menurut Nur Fatehatulain, ‘sifir’ untuk menggoreng kuetiau dan mi sama. Bahan utama yang diperlukan hanya bawang putih dan cili padi.

Sebagai rasa tambahan, gunakan sos cili, sos tiram, kicap lemak manis dan kicap pekat.

Selain itu, wanita berkenaan turut menekankan beberapa aspek penting untuk tekstur kuetiau dan mi.

“Ni penting. Teknik nak dapat tekstur macam kat kedai tu,” katanya.

Sifir menggoreng kuetiau dan mi

Pertama sekali, goreng kuetiau dan mi menggunakan kuali ‘lejen’.

Kedua, gunakan api besar ketika menggoreng.

“Kita nak dapatkan ‘char’ dia tu. Rasa hangus-hangus sikit tu,” jelas wanita tersebut.

Ketiga, tiada halangan dalam memilih udang, daging atau bebola ikan sebagai isi.

Keempat, elakkan memasak dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa.

image is not available
Kredit: Thread @nurfatehatulain

Petua memilih mi, wanita tersebut lebih gemar memilih mi keluaran Gardenia dan mencari kuetiau yang kurus dan kecil, bukan yang besar.

Fatehatulain turut berkongsi secara terperinci cara untuk menggoreng. Ikuti panduannya di bawah.

Cara goreng kuetiau dan mi

1. Gunakan api besar untuk panaskan minyak. Kemudian, masukkan bawang putih dan cili.

2. Masukkan isi pilihan. Jika udang, masak sehingga udang masak. Jika isi ayam atau daging, anda perlu rebus terlebih dahulu sampa lembut, kemudian hiris.

3. Selepas itu, masukkan semua sos.

4. Masukkan telur pula.

“Biarkan sekejap sampai telur dah separuh masak, baru gaulkan,” titip wanita itu.

5. Kemudian, masukkan kuetiau atau mi, dan kicap. Gaulkan.

6. Masukkan pula taugeh dan kucai, gaul dalam seminit kemudian tutup api.

“Pastikan api besar sepanjang masa. Tempoh memasak ni pendek je, tak lebih 10 minit,” pesannya lagi.

BACA: Cara Semak Status STR, Bantuan Kewangan Diterima Guna MyGOV

BACA:“Rasa Sayu Tapi Syukur,”, ‘Lampu Hijau’ PPUM Kembali Dinyalakan

Sumber: Thread @nurfatehatulain

The post “Macam Dekat Kedai,” Wanita Dedah ‘Sifir’ Goreng Kuetiau, Mi appeared first on Siakap Keli.