Macam Gusti WWE, Pencuri Motosikal Tergamam Dipukul Owner Di Sabah

30 Jan 2024 • 9:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pencuri motosikal dibelasah pemilik motosikal di Sabah

Macam Gusti WWE, Pencuri Motosikal Tergamam Dipukul Owner Di Sabah. Baru-baru ini, seorang lelaki hanya mampu menahan kesakitan selepas dipukul dengan kerusi lipat oleh pemilik motosikal yang dicurinya di Sabah.

Menurut sumber, difahamkan insiden tersebut direkodkan dalam video yang tular di WhatsApp. Namun, lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak dinyatakan.

image is not available
Macam Gusti WWE, Pencuri Motosikal Tergamam Dipukul Owner Di Sabah. Sumber: majoriti

Dalam video tersebut, kelihatan suspek yang memakai pelitup muka dan berbaju kelabu sedang duduk di atas motosikal curi tersebut sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Cuba melarikan diri namun mangsa menghayun kerusi lipat ke kepalanya

Dia kemudian cuba melarikan diri sebelum diserang oleh pemilik motosikal. Suspek dipukul sebanyak 3 kali di kepala sambil pemilik motosikal menjerit kepadanya.

Suspek kelihatan terkejut dan tidak melawan. Namun, dia diselamatkan oleh orang awam di tempat kejadian.

Setakat ini, tiada kenyataan dari pihak berkuasa atau pemilik motosikal mengenai insiden tersebut. Dalam pada itu, video itu turut menjadi peringatan agar berhati-hati dan tidak mencuri motosikal orang lain.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/dengar-salakan-anjing-terus-lari-lelaki-hampir-curi-motosikal-di-kuching/

https://www.iloveborneo.my/polis-tahan-kanak-curi-motosikal-sibu/