
SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon bermata bundar, Sari Yanti.
Isteri kepada pelawak dan pelakon, Jep Sepahtu itu sememangnya antara selebriti yang memiliki wajah cantik, perwatakan yang sopan-santun dan juga manis orangnya.
Biarpun kini jarang muncul di kaca televisyen, namun peminat sentiasa mengambil tahu akan kehidupan beliau bersama suami dan anak-anak.
Ibu kepada lima cahaya mata itu kini difahamkan lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak berbanding aktif dalam bidang seni.
Pun begitu, beliau sering berkongsi kehidupannya menerusi media sosial miliknya.
Terbaharu, Sari memuat naik gambar ketika sesi fotografi raya bersama anak-anaknya. Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai.

MACAM ADIK DAN KAKAK
Bertemakan rona biru, rata-rata memuji akan kecomelan anak-beranak itu tatkala bergaya. Bahkan, Sari dan anak-anak kelihatan seperti kakak dan adik lagaknya.
Manakan tidak, Sari yang kecil molek sedikit tenggelam dek dua anak lelakinya Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq yang semakin hari semakin tinggi.
Bukan itu sahaja, kedua-duanya juga memiliki wajah yang tampan.
Lebih-lebih lagi apabila mereka mengenakan tanjak pada kepala menjadikan penampilan adik beradik tersebut cukup segak.
Perkongsian Sari pantas meraih perhatian warga maya. Berikut antara komen yang diberikan oleh warga maya:

‘Handsome anak-anak bujang Sari, yang nombor dua tu copy paste mama sangat.’
‘Awet muda betul Sari Yanti, macam kakak dengan adik-adik je.’
‘Handsome anak lelaki. Ikut muka mamanya, macam kakak dan adik je. Tak besar-besar Sari ni. Muka muda macam lepasan SPM je.’
‘Handsome anak bujang Sari. Jatuhlah saham abah Jep kalau macam ni. Mamanya pun cantik, gaya macam awek pula.’

‘Dariya kecil-kecil dah cantik, ikut muka mama pula tu.
‘Handsome sungguh, jatuh saham Jep. Baasit iras-iras Khai Bahar, dengan lesung pipitnya tu. Melting tengok.’
SinarPlus suka ‘belek’ dan baca entri perkongsian Sari tentang anak-anaknya.

Lebih-lebih lagi jika bersama abahnya Jep.
Memang begitu menghiburkan dan kagum dengan hubungan mereka yang begitu rapat.
Sumber: Instagram sariyanti
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
The post ‘Macam kakak dan adik. Lesung pipit tu buat ramai cair.’ Gambar raya Sari Yanti & anak-anak raih pujian! appeared first on Sinar Plus.

