“Macam Kita Yang Salah” – Gelagat Wanita Langgar Kereta orang Di Belakang Buat Netizen Berang

27 Jun 2022 • 6:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau memandu, rakyat Malaysia kebanyakannya seperti menjadi ‘orang lain’ di mana ramai yang merasakan jalan itu mereka yang punya dan mula untuk menjadi samseng jalan raya.

Seperti satu perkongsian di laman Twitter ini, seorang wanita dilihat seperti tidak mengaku salah meskipun telah mendatangkan kerosakan kepada kenderaan lain.

Dalam video tersebut, kereta yang dipandu wanita itu secara tiba-tiba mengundur dan menghentam kenderaan di belakangnya.

Yang lebih menjengkelkan, wanita itu kemudiannya keluar dengan ‘muka ketat’ dan segera melihat keadaan bahagian belakang keretanya selepas insiden itu.

Yang membuatkan mangsa terkilan adalah kerana wanita itu berlalu pergi tanpa mengucapkan sebarang kata maaf dan berlagak seperti mangsa pula.

Macam saya pulak yang salah. Kalau owner baca ni, saya tak marah pun cuma cakap minta la maaf. Tapi takpelah saya yang salah sebab duk belakang kakak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sakit hati dan geram melihatkan rindakan wanita berkenaan.

image is not available

Sumber : Twitter  

“Jilake keluar macam orang yang langgar dia..” komen seorang netizen.

image is not available 19 jam lalu

(VIDEO) “Murahnya!”- Hanya RM700, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Buat Rawatan Lasik Di Mesir