
SEJAK penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan secara meluas, macam-macam trend suntingan gambar yang muncul.
Terbaharu, khalayak menggunakan AI menyunting foto mereka dengan konsep fesyen era 1980-an.
Bukan sahaja orang ramai, golongan selebriti juga rancak mengubah imej mereka seperti Beto Kusyairy, Datuk Seri Vida, Nad Zainal dan Sophia Albarakbah.
Namun, yang paling mencuit hati pastinya Vida yang mendakwa wajahnya seperti Permaisuri Pasir Berdengung dalam filem Laksamana Do Re Mi iaitu Norizan.
“Macam muka pelakon cerita P. Ramlee yang permaisuri kerajaan pasir berdengung,” katanya.
Sementara Nad pula terkejut apabila wajahnya beberapa kali disunting AI dia sedang merokok.
“Kenapa semua gambar nak kena berasap? Saya tak merokok!
“Nak bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tegur ke?” tulisnya.
The post Macam-macam ragam, artis buat trend foto retro 80-an appeared first on Kosmo Online.

