‘Macam mana anak saya nak ambil SPM tahun ini’

12 Nov 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Macam mana anak saya nak ambil SPM tahun ini’

PONTIAN – Seorang ibu tunggal bimbang memikirkan masa depan anak sulungnya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Parit Getah, Benut pada 26 Oktober lalu ketika dalam perjalanan pulang dari Bandar Benut.

Normassita Nasran, 42, berkata, nahas itu dipercayai berlaku sekitar pukul 4.15 petang berdasarkan keadaan anaknya, Muhammad Eliyyas Iskandar Alefa Nirwan Sah, 17, yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan muntah yang sudah mengering.

Katanya, kejadian itu disedari seorang lelaki yang menjual ke­ropok lekor selepas melihat seorang remaja terbaring di tepi jalan sebelum meminta bantuan penduduk.

“Tiada siapa yang melihat kejadian itu sama ada kes langgar lari atau dia terlanggar anjing atau babi.

“Dia bersekolah di Sekolah Menengah Seri Tanjung, kebia­saanya keluar ke bandar dengan kawan tetapi ketika kejadian dia bersendirian,” katanya kepada Kosmo! di rumahnya di Kampung Parit Serom, Benut, di sini, semalam.

Menurutnya, anak sulung daripada dua beradik itu masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru kerana mengalami kece­deraan parah di bahagian kepala dan limpa, selain darah beku di paru-paru.

Menurutnya, anaknya itu yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini seolah-olah koma kerana tidak boleh bercakap, hanya minum susu dan memakai lampin pakai buang.

“Mulut boleh bergerak, kelopak mata bergerak juga, Cuma dia masih belum berge­rak,” katanya.

Dia merayu kepada sesiapa yang melihat kejadian itu supaya menghubunginya di talian 013-7315691.

The post ‘Macam mana anak saya nak ambil SPM tahun ini’ appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved