“Macam Mana Boleh Hidup Tenang Lepas Rosakkan Semuanya..” – Hantaran Nabila Huda Jadi Tanda Tanya

EntertainmentFamily & Parenting
5 Nov 2025 • 4:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon berbakat besar, Nabila Huda mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran penuh emosi di Instagram, yang dipercayai berkaitan masalah keluarga yang belum selesai.

Dalam hantaran tersebut, Nabila atau mesra disapa Abil, seolah-olah meluahkan rasa kecewa dan kesedihan terhadap seseorang yang rapat dengannya  dipercayai ahli keluarga sendiri.

Advertisement

View this post on Instagram

Bagaimanapun anda hidup setiap hari tanpa memulihkan ‘kerosakkan’ yang berlaku membabitkan darah daging sendiri.

Anda teruskan kehidupan tanpa merasakan yang anda kehilangan sesuatu. Dan tak ada usaha untuk mendapatkannya semula, tiada satu pun.

Bagaimana anda boleh tidur dengan tenang sedangkan anda sentiasa memikirkan tentangnya.

Dan yang amat menyedihkan, mungkin saya ini tidak penting buat anda,” tulisnya.

Luahan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen, yang rata-rata bersimpati dengan keadaan dialami pelakon Munafik itu.

View this post on Instagram

Ruang komen hantaran berkenaan turut dibanjiri mesej sokongan daripada rakan artis dan peminat yang mendoakan agar Nabila diberi ketenangan dan kekuatan menghadapi dugaan tersebut.

Walaupun tidak menjelaskan dengan terperinci individu yang dimaksudkan, hantaran itu jelas menggambarkan perasaan terluka dan rindu terhadap hubungan kekeluargaan yang renggang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-11-05 12:54:25

"Yang Paling Layak Adalah Ibu Cuma..." - Nubhan Fail Hadanah Untuk Hak Penjagaan Anak-Anak Bersama Bekas Isteri

The post “Macam Mana Boleh Hidup Tenang Lepas Rosakkan Semuanya..” – Hantaran Nabila Huda Jadi Tanda Tanya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.