Macam Mana Cara Nak Setel Saman JPJ Di Mahkamah? Ini Apa Perlu Anda Lakukan [Video]

LocalPolitics
24 Apr 2026 • 5:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Macam Mana Cara Nak Setel Saman JPJ Di Mahkamah? Ini Apa Perlu Anda Lakukan [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila lakukan kesalahan trafik, selalunya mesti pemandu akan dikenakan saman oleh pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Namun bukan semua saman trafik boleh dikompaun dan boleh dibayar secara dalam talian, ada juga yang memerlukan kehadiran pemilik kenderaan atau wakil untuk ke mahkamah bagi menyelesaikan saman tersebut.

Jika anda berdepan masalah sedemikian, di sini kami kongsikan langkah-langkah yang perlu anda ambil agar segalanya berjalan dengan lancar.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Renew Roadtax Kalau Ada Saman Lampau Yang Belum Dibayar?

Baca Artikel Berkaitan: “Saman Akan Dihantar Terus Ke Rumah” – Polis PJ Guna Dron Jejak Kesalahan Penunggang Motosikal

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Sesakkan Highway” – Ramai Puji Tindakan Dua Individu Terbabit Kemalangan Terus Ke Balai

Ini Langkah-Langkah Buat Pembayaran Saman Di Mahkamah

Perkara itu telah dijelaskan oleh peguam Hafiz Baharudin yang juga dikenali sebagai Abang Lawyer menerusi hantaran di media sosial.

#1. Sediakan Dokumen Dengan Lengkap

Seperti dalam mana-mana urusan rasmi, sudah tentu anda perlu menyediakan dokumen yang lengkap apabila hadir ke mahkamah. Senarai dokumen yang diperlukan ialah:

  • Kad pengenalan (MyKad)
  • Lesen memandu
  • Resit saman JPJ

Selain itu, sediakan juga wang tunai yang secukupnya atau kad debit bagi pembayaran saman kelak.

#2. Hadir Ke Mahkamah Pada Jam 8 Pagi

Menurut Hafiz, anda juga digalakkan untuk tiba di mahkamah seawal mungkin iaitu sekitar jam 8 pagi.

Katanya, ini bertujuan agar nama anda tidak tercicir dalam senarai penama saman yang hadir ke mahkamah apabila pegawai JPJ membuat semakan.

Sebaliknya jika anda terlewat tiba di mahkamah, selalunya pihak JPJ telah selesai mendaftar kes-kes saman bagi hari berkenaan.

Jika perkara ini berlaku, Hafiz berkata anda perlu hadir semula ke kaunter di pejabat JPJ bagi mengambil tarikh baharu untuk hadir ke mahkamah.

Image from: Macam Mana Cara Nak Setel Saman JPJ Di Mahkamah? Ini Apa Perlu Anda Lakukan [Video]
Sumber: MalayMail

#3. Pergi Ke Mahkamah Yang Spesifik

Selepas tiba di mahkamah, pergi ke kaunter pertanyaan untuk bertanya di manakah saman jabatan atau saman JPJ akan didengari.

“Selalunya dia akan bagi tahu di mahkamah yang spesifik. Sekiranya di Shah Alam contohnya, di Mahkamah Majistret 6 bagi saman-saman JPJ,” katanya.

Kemudian anda terus ke mahkamah yang dinyatakan dengan segera.

#4. Buat Rayuan Agar Jumlah Saman Dikurangkan

Apabila nama telah dipanggil, anda akan berdepan dengan majistret di mana jurubahasa akan membacakan kesalahan yang dilakukan serta jumlah maksimum saman dikenakan.

Ketika ini, pihak mahkamah akan bertanya semula kepada penama saman sama ada mereka mengaku bersalah ataupun tidak.

Hafiz berkata rata-rata penama saman membabitkan kesalahan trafik akan mengaku bersalah.

“Bila mengaku, mahkamah akan beri satu ruang dan peluang untuk penama saman buat rayuan mitigasi. Rayuan mitigasi ini sangat subjektif,” katanya.

Rayuan mitigasi ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah saman yang dikenakan. Antara contoh rayuan yang boleh diberikan adalah:

  • Menghidap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi
  • Mempunyai bilangan anak yang ramai
  • Isteri tidak bekerja
  • Pekerjaan biasa dengan gaji rendah

Diingatkan agar anda memberi maklumat yang betul kepada mahkamah dan tidak menipu.

#5. Buat Pembayaran Saman

Selepas menerima jumlah saman yang dikenakan oleh pihak mahkamah, anda perlu terus membuat pembayaran.

Menurut Hafiz, terdapat dua cara untuk membayar saman di mahkamah iaitu menggunakan wang tunai dan kad bank.

Bagi pembayaran secara wang tunai, ia boleh dibuat di mesin CDM yang disediakan oleh pihak mahkamah dan pihak kerajaan persekutuan.

Sebaliknya, anda perlu hadir ke mana-mana kaunter pendaftaran untuk membuat pembayaran menggunakan kad bank.

Kemudian resit pembayaran tersebut perlu dikepilkan bersama kertas saman yang dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai JPJ bertugas yang akan menutup kes anda.

@lawyersresponse INI CARA macam mana nak bayar saman di mahkamah #fyp #howto #saman #jpj #polis #abglawyer #ysuku #rxz_members_official #125zr #foodpanda #grab #jnt #grabfood #y15zrmalaysia #proses ♬ original sound – Abang Lawyer Hafiz Baharuddin

Terlupa Atau Tak Dapat Hadir Ke Mahkamah? Terus Ke Kaunter JPJ

Bagaimana sekiranya anda terlepas tarikh mahkamah kerana terlupa ataupun ada perkara lain yang tidak dapat dielakkan.

Hafiz berkata dalam keadaan ini, kemungkinan besar waran tangkap akan dikeluarkan kerana telah melanggar perintah JPJ untuk hadir ke mahkamah bagi menjawab saman dikenakan.

Jadi anda perlu hadir ke kaunter JPJ semula untuk mendapatkan tarikh baharu.

“Tapi kebanyakan masanya JPJ ada budi bicara. Kalau tak datang hari tu, pergi je kaunter JPJ. Bagi tahu alasan dan dia akan bagi tarikh baharu,” katanya.

Image from: Macam Mana Cara Nak Setel Saman JPJ Di Mahkamah? Ini Apa Perlu Anda Lakukan [Video]
Sumber: MalayMail

Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Hak Pengguna Jalan Raya Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Ini Info Penting Tentang Hak Individu Jika Ditahan Pihak Polis. Kena Cakna, Penting Ya!

View Original Article