
Di media sosial, ada netizen mempertikaikan tindakan HQ apabila inai keluaran Neelofa iaitu NunHa mula dijual di platform e-dagang, Shopee.
Perkara itu dipercayai diumumkan selebriti popular itu sendiri menerusi satu hantaran di Instagram Story. Netizen mula mempertikaikan nasib yang menanti ejen sekiranya pembeli sudah boleh mendapatkan produk itu secara terus di aplikasi e-dagang tersebut.


Hal ini turut mendapat perhatian ejen dan stokis yang mana masing-masing memberikan pendapat tersendiri. Mereka bersetuju rezeki masing-masing sudah ditentukan tetapi perkara ini didakwa boleh menjejaskan jualan stok mereka.
Diharapkan luahan ejen dan stokis ini mendapat perhatian pihak Neelofa. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik.
Kredit: Facebook Ija Juhari
The post “Macam Mana Dengan Nasib Ejen?” – Netizen Pertikai Tindakan HQ Jual Inai Nunha Di Shopee appeared first on Oh! Media.


