Macam Mana Nak Tengok Piala Dunia 2026 Di Malaysia?

LocalFootball
11 Jun 2026 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Temasya Piala Dunia 2026 (World Cup 2026) akan bermula secara rasminya dengan perlawanan pertama Mexico menentang Afrika Selatan di Stadium Estadio Azteca, Mexico awal pagi esok. Penyiar rasmi di Malaysia ialah Unifi TV dan RTM dengan pengumuman hanya dilakukan sekitar sebulan sebelum sepak mula.

Image from: Macam Mana Nak Tengok Piala Dunia 2026 Di Malaysia?

Kerana pengumuman ini dilakukan agak lewat, ramai tertanya-tanya macam mana penduduk Malaysia boleh menikmati Piala Dunia 2026 selepas 20 tahun menonton menerusi Astro. Artikel ini diharap dapat membantu anda menonton Piala Dunia menerusi telefon pintar, tablet, komputer, dan TV pintar di rumah.

Dekat Mana Nak Tengok Piala Dunia?

World Cup Piala Dunia

Terdapat 6 pilihan di Malaysia iaitu UnifiTV, TV percuma RTM, aplikasi RTM Klik, TV digital MyTV dan aplikasi MyGOV. Setiap satunya dengan kelebihan serta kekurangan masing-masing. Artikel ini akan menyentuh kekurangan serta kelebihan setiap platform apabila anda menggunakannya.

Sebagai penyiar rasmi, kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV. RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan secara langsung dan juga tertunda. Selain menstrim perlawanan secara langsung atau tertangguh, penonton juga boleh menstrim perlawanan yang mungkin mereka terlepas (kerana sedang bekerja) dan sorotan pendek setiap perlawanan.


Aplikasi Apa Kena Muat Turun?

Image from: Macam Mana Nak Tengok Piala Dunia 2026 Di Malaysia?

Aplikasi boleh dimuat turun pada peranti mudah alih Android, iOS, iPadOS, dan HarmonyOS. Sila kemas kini aplikasi ke versi terkini sekiranya anda pernah memasangnya terlebih dahulu.Pada platform TV pintar, hanya sesetengah aplikasi disokong pada Android TV, Google TV, Samsung Tizen OS dan LG WebOS

UnifiTV

Google Play Store – Muat Turun Unifi TV 2.0
Apple App Store – Muat Turun Unifi TV 2.0
Huawei AppGallery – Muat Turun Unifi TV 2.0

TV PIntar – Disokong di Android TV, Google TV, TV Samsung Tizen OS dan LG WebOS

RTM Klik

Google Play Store – Muat Turun RTM Klik
Apple App Store – Muat Turun RTM Klik
Huawei AppGallery – Muat Turun RTM Mobile

TV Pintar – Disokong di Android TV dan Google TV

MyTV

Google Play Store – Muat Turun MyTV ManaMana
Apple App Store – Muat Turun MyTV ManaMana
Huawei AppGallery – Muat Turun MyTV ManaMana

TV PIntar – Disokong di Android TV dan Google TV

MyGOV

Google Play Store – Muat Turun MyGOV Malaysia
Apple App Store – Muat Turun MyGOV Malaysia
Huawei AppGallery – Muat Turun MyGOV Malaysia

TV PIntar – Tiada sokongan


Boleh Tengok Piala Dunia Pakai Pelayar PC/Komputer?

Image from: Macam Mana Nak Tengok Piala Dunia 2026 Di Malaysia?

Boleh tetapi menerusi pelayar web (browser) menerusi pautan di bawah. Kami hanya menguji pelayar popular sahaja iaitu Chrome, Edge, Safari dan Firefox. Kesemua pautan di bawah membenarkan perkhidmatan digunakan tanpa sebarang isu.

UnifiTV – https://unifitv.com.my/
RTM Klik – https://rtmklik.rtm.gov.my/
MyTV ManaMana – https://www.mana2.my/


Saluran Mana Nak Tengok Piala Dunia?

Image from: Macam Mana Nak Tengok Piala Dunia 2026 Di Malaysia?

Saluran adalah mengikut platform seperti di bawah.

PlatformSaluran
Unifi TVUnifi FIFA World Cup 2026 1
Unifi FIFA World Cup 2026 2
Unifi FIFA World Cup 2026 3
RTMTV1
TV2
Okey
Sukan+
RTM KlikTV1
TV2
Okey
Sukan+
FIFA WC 1
MyTVTV1
TV2
Okey (MYTV 110)
Sukan+ (MYTV 111)
MyGOVPautan ke RTM Klik dalam aplikasi

Berapa Kena Bayar Nak Tengok Piala Dunia?

PlatformBayaran
Unifi TVPelanggan Unifi TV sedia ada – RM 50
Bukan pelanggan Unifi TV –RM 60

Pas harian 24 jam – RM20
RTMPercuma
RTM KlikPercuma
MyTVPercuma
MyGOVPerlu ada akaun MyDigitalID

Patut Langgan Unifi TV Ke Tidak Sebenarnya?

Jawapan pada waktu ini ialah tidak kerana walaupun semasa penyiar rasmi diumumkan oleh Fahmi Fadzil bulan lalu, beliau mengatakan RTM hanya akan menyiarkan sebahagian perlawanan terpilih secara langsung. Tetapi dalam FAQ terkini diterbitkan semalam, ia mengatakan semua 104 perlawanan akan ditawarkan secara langsung menerusi saluran-saluran RTM yang kami senaraikan di atas.

Kelebihan RTM Klik dan MyTV ialah anda tak perlu membuat akaun untuk mengakses kandungan yang ditawarkan tidak seperti Unifi TV. Lepas aplikasi dipasang hanya perlu tekan saluran yang ingin ditonton.

Image from: Macam Mana Nak Tengok Piala Dunia 2026 Di Malaysia?

TETAPI ini semua bergantung kepada pengalaman penstriman awal pagi esok. RTM Klik dan MyTV bukan platform penstriman yang pernah diuji dengan jumlah jutaan penonton serentak seperti Unifi TV. Unifi TV mempunyai pengalaman mengawal trafik lebih tinggi. MyGOV pula selepas diumumkan, tidak ada langsung sebarang maklumat berapa banyak perlawanan boleh ditonton.

Dua tahun lalu saya melanggan SpoTV untuk Euro 2024. Banyak perlawanan hanya boleh distrim pada kualiti rendah dan dalam beberapa perlawanan d pusingan-pusingan akhir strim terputus-putus.

Maka saya rasakan jika anda mahukan penstriman yang lancar, tidak tergendala dan kualiti boleh diandalkan sila langgan pelan Pas Musim Unifi TV yang bermula RM50 sahaja. Tetapi sekali lagi ini bergantung kepada pengalaman penstriman pagi esok di RTM Klik dan MyTV.

Selamat menonton Piala Dunia 2026 tanpa mengira platform mana yang anda pilih nanti.

View Original Article