"Macam Manusia Pakai Kostum" - Beruang Matahari Di China Cetus Tanda Tanya Orang Ramai

Entertainment
1 Aug 2023 • 2:35 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Satu zoo di China telah menjadi buah mulut pengguna media sosial di serata dunia. Semuanya berpunca dari satu video yang mencetuskan perdebatan. Video tersebut memaparkan seekor beruang matahari yang mana spesisnya berasal dari Malaysia.

Berdasarkan video, memang nampak agak "lain" apabila beruang tersebut berdiri. Seakan-akan seperti seorang manusia yang sedang memai kostum beruang. Namun, pihak zoo menepis segala dakwaan orang ramai dan dengan tegas menyatakan beruang tersebut adalah seekeor beruang matahari Malaysia yang sebenar.

Tidak cukup dengan itu, pihak zoo turut memuat naik video dari sudut pandang seekor beruang matahari yang bernama Angela menerangkan yang dia memang seekor beruang dan cara seekor beruang matahari berdiri memang begitu.

Bahkan, Angela menyatakan bahawa dia juga tidak memahami bahasa yang dituturkan oleh para pengunjung! Tahulah ada banyak barang tiruan dari China, tapi beruang ni confirm real!