“Macam Moo Deng”- Ramai Teruja Nak Jumpa Anak Badak Air Yang Baharu Dilahirkan Di Zoo Taiping

1 Nov 2024 • 5:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai anak badak air di Khao Kheow Open Zoo, Thailand yang dikenali sebagai Moo Deng disebabkan kecomelannya.

Malah anak badak air ini turut menjadi tular sehingga dikenali hampir di seluruh dunia. Bukan hanya itu, dia juga turut menjadi meme selepas ramai yang mula mengenalinya sekitar September lalu.

Kemunculan anak badak air ini secara tidak langsung menjadi fenomena sehingga ramai yang berkunjung ke Zoo untuk melihatnya.

Zoo Taiping umum kelahiran baharu anak badak air

Baru-baru ini, Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) telah mengumumkan mengenai kelahiran seekor anak badak air jenis Hippopotamus Amphibius yang dilahirkan pada 5 Jun lalu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, difahamkan anak badak air itu dilahirkan oleh ibunya yang dikenali sebagai Lek berusia 32 tahun.

Lek sebelum ini merupakan seekor badak air yang berasal dari Zoo Bangkok, Thailand.

“Manakala bapanya, April berusia 22 tahun dan dilahirkan di ZTNS. Sebelum ini Lek pernah melahirkan seekor badak air pada tahun 2016 yang diberi nama Atan.

“Dengan kelahiran baharu ini, ZTNS kini mempunyai empat ekor badak air,” katanya di Facebook.

image is not available

15 kelahiran baharu anak kura-kura jenis Sulcata

Dalam pada itu, pihak zoo turut memaklumkan selain badak air itu mereka juga menyambut kelahiran 16 ekor anak kura-kura jenis Sulcata dalam satu kejayaan pembiakan yang pertama bagi spesies ini di ZTNS.

Kesemua anak kura-kura yang dilahirkan kini sedang menjalani tempoh kuarantin dan pemantauan rapi untuk memastikan berada dalam keadaan sihat dan perkembangan yang baik sebelum dipertontonkan kepada pengunjung.

image is not available

Berita kelahiran haiwan berkenaan di ZTNS turut mendapat perhatian dan dikongsikan oleh orang ramai.

Malah ada yang teruja untuk mengunjungi ZTNS untuk berjumpa dengan si comel itu. Tidak kurang juga ada yang ingin mencadangkan nama kepada anak badak air terbabit.

“Macam Moo Deng”

image is not available

“Jom tengok anak badak”

image is not available

“Tahniah Lek & April. Semoga membesar jadi anak-anak yang sihat”

image is not available

“Jom bagi nama dekat adik Atan ni, saya cadangkan Amat”

image is not available