Macam muflis di Malaysia, AirAsia intai bursa A.S untuk disenaraikan

Business & Finance
14 Jun 2022 • 1:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Capital A, syarikat milik Tony Fernandes kini merancang untuk menembusi bursa saham New York. Mereka kini sedang menjalankan proses-proses penyediaan dokumen dan dijangka disenaraikan dalam bursa saham di sana seawal 2023.

image is not available

Di Malaysia, Capital A Berhad sudahpun berada di papan BSKL. Kini ia diniagakan pada harga kurang RM0.10 sesaham. Malahan syarikat itu kini diletakkan di bawah kategori Practice Note 17 (PN17) dalam bulan Januari 2022 apabila gagal beroleh pemanjangan masa bayaran balik ke atas hutang mereka.

Capital A masih mencatatkan kerugian. Laporan kewangan terbaharu adalah untuk Suku 1 2022 yang menyaksikan mereka mencatatkan Kerugian Sebelum Cukai RM1.076b, namun ia masih dianggap Capital A sebagai perkembangan "kukuh" menurut operator penerbangan itu.

Lagi tentang berkembangan positif AirAsia, mereka laporkan yang telah selesai bayar 99% hutang penumbang dan berikrar ingin menyelesaikan baki 0.8% secepat mungkin. Tapi perlu diingatkan yang penyelesaian yang dikatakan AirAsia mungkin bukanlah penyelesaian yang diharapkan pelanggan mereka.

Sebahagian besarnya diberikan dalam bentuk baucar yang bermakna pelanggan masih perlu terbang bersama AirAsia ataupun lebih parah, berbelanja lebih banyak wang hanya untuk top-up tiket penerbangan yang tidak dicakupi nilai baucar.

Berbalik kepada kisah bursa saham A.S, kalau anda masih ingat, Grab adalah syarikat Asia Tenggara yang terbesar disenaraikan di Nasdaq sana. Pada hari pertama ia diniagakan, saham Grab melonjak kepada USD13.06 sesaham sebelum turun 33% kepada USD8.75. Setakat 13 Jun 2022, harga saham Grab terus turun melepasi paras USD2.50 sahaja.

Adakah Capital A akan hadapi situasi yang sama kelak?

[Sumber: Financial Times]