“Macam Nak Pergi Pasar” – Dikutuk Nampak Selekeh, Pakaian Hani EXID Pergi Majlis Kahwin Kawan Undang Kritikan

21 Mar 2024 • 10:14 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Susah tau jadi artis di Korea Selatan, kerana apa sahaja yang dilakukan pasti akan curi tumpuan ramai.

Pada 20 Mac, Hani telah memuat naik beberapa foto ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya, bersama ahli EXID yang lain.

Berbeza dengan Elly dan Jeong-hwa, Hani nampaknya lebih memilih untuk selesa apabila wanita itu hanya tampil dengan baju t-shirt hitam, seluar panjang dan kasut sneakers di majlis perkahwinan tersebut.

Selepas hantaran itu dikongsi, ruangan komen telah dipenuhi dengan reaksi negatif dari netizen dek pemakaian Hani, yang dianggap selekeh dan tak menghormati acara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 안희연 (@ahnanihh)

Komen netizen,

Mengecewakan..

 

Hani kenapa awak pakai macam tu

 

Hani menjadi Hani.

 

Dia nampak macam terbangun lambat lepastu terus bergegas ke majlis.

 

Nampak macam nak pergi pasar.

Meskipun ramai yang mengkritik namun ada juga yang tampil membelanya dan menyatakan bahawa Hani tetap kelihatan cantik, tidak kira pakaian apa pun yang dikenakannya.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article