“Macam Ni Nak Popular..” – NewJeans Dituduh Tiru Lagu Artis Malaysia Ini

Music
27 May 2024 • 3:02 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available
midnight fusic

Tidak dapat disangkal bahawa NewJeans merupakan antara idola gadis Korea yang paling popular kini.

Terbaru, kumpulan yang baru meriliskan beberapa single baru termasuk “How Sweet” tanpa tidak disangka telah dituduh menciplak lagu lama.

Malah khabarnya, lagu yang ditiru itu kepunyaan kumpulan rock alternatif dari Malaysia bernama ‘Midnight Fusic’ berjudul “Summer Love”. Kalau nak tahu kumpulan itu dianggotai empat anak muda iaitu Arif Kamarudin, Adrian Danial, Firdaus Azmi dan Muaz Rabbani.

Selepas berita ini berterbangan di X, ramai yang meninggalkan komen kerana tidak menyangkan nama Midnight Fusic semakin menjadi sebutan ramai kini dek isu berkenaan.

Tulis mereka,

  • Ini kah cara Midnight Fusic akan tembus pasaran antarabangsa?
  • Serius lah NewJeans tiru Midnight Fusic?
  • Tapi lahu Midnight Fusic lagi sedap..
  • Saya auto terus dengar lagu Midnight Fusic!

image is not available

Sama sangat ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.